Pengiktirafan Setaraf STPM
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma bagi tujuan lantikan ke dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.
Universiti Al-Azhar
MesirLaluan utama bagi lepasan STAM untuk mendalami ilmu Usuluddin, Syariah, dan Bahasa Arab di institusi tertua Islam.
Syarat Minimum
- Pangkat Jayyid (Agregat)
- Lulus Imtihan Qabul
- Tiada subjek Rasib
Universiti Awam
MalaysiaPermohonan melalui UPUOnline ke UKM, UM, USAS, dan lain-lain universiti tempatan dalam pelbagai bidang.
Syarat Umum
- Minima Pangkat Jayyid
- MUET Band 1 ke atas
- Lulus SPM (BM/Sejarah)
Jordan & Maghribi
Timur TengahPeluang melanjutkan pengajian ke Universiti di Jordan dan Morocco dalam bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab.
Bidang Tumpuan
- Fiqh & Perundangan
- Kesusasteraan Arab
Perkhidmatan Awam
Malaysia
Peluang Kerjaya Kerajaan
Lulusan STAM layak dilantik ke jawatan dalam Kumpulan Pelaksana Gred 29.
Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
JAKIM, Majlis Agama Negeri
Guru KAFA / Takmir
Lantikan kontrak/tetap agensi
Penolong Pegawai Tadbir
Pelbagai Kementerian/Jabatan
Hala Tuju & Implikasi Tidak Lulus Penuh
Bagi calon yang mendapat pangkat Rasib (Gagal) dalam satu atau lebih mata pelajaran, anda masih mempunyai peluang dan jaring keselamatan.
Status Pensijilan
Calon yang gagal satu atau lebih subjek TIDAK dianugerahkan Sijil STAM. Anda hanya akan menerima Pernyataan Keputusan. Sijil penuh hanya diberikan apabila anda lulus kesemua 10 mata pelajaran.
Jaring Keselamatan JPA
Aih, gagal pun boleh kerja kerajaan? BOLEH!
Calon layak dipertimbangkan lantikan ke Perkhidmatan Awam (syarat STPM/Diploma) jika lulus MINIMUM 4 SUBJEK (Maqbul) termasuk gabungan bidang Bahasa Arab, Syariah, dan Usuluddin dalam satu peperiksaan atau dikumpulkan dalam tempoh 3 tahun.
Pilihan Anda Seterusnya
Mengulang
Daftar semula subjek yang gagal sebagai calon persendirian. Gabungkan keputusan dalam tempoh 3 tahun untuk dapatkan Sijil Penuh bagi ke Universiti Al-Azhar.
Lihat Panduan MengulangGuna Kelayakan SPM
Sementara menunggu mengulang STAM, anda boleh memohon program Diploma atau Asasi di IPTS/Institusi lain menggunakan keputusan SPM anda.