Struktur Pengajian
Syarat Wajib 3 Tahun (Kurikulum Bersepadu Dini)
Bermula sesi persekolahan 2022/2023, murid WAJIB mengikuti pengajian sekurang-kurangnya 3 TAHUN sebelum menduduki peperiksaan STAM. Ini adalah syarat ketat pengiktirafan Al-Azhar bagi Kurikulum Bersepadu Dini (KBD).
Slaid Taklimat Pelaksanaan KBD (BPI)Peringkat Asas (Tingkatan 4 & 5)
Melalui Kurikulum Bersepadu Dini (KBD) Menengah Atas. Membina penguasaan asas Bahasa Arab dan ilmu Syariah.
Peringkat Pra-Universiti (Tingkatan 6 Dini)
Kesinambungan pengajian khusus untuk persediaan menduduki STAM. Fokus kepada kitab-kitab turath dan manhal Al-Azhar.
Peperiksaan STAM
Menduduki 10 mata pelajaran wajib. Penilaian terbahagi kepada dua komponen utama iaitu Peperiksaan Bertulis dan Pentaksiran Pusat (Kerja Kursus dan Ujian Lisan).
10 Mata Pelajaran Wajib
Calon mestilah mendaftar dan menduduki kesemua sepuluh (10) mata pelajaran berikut. Kesemua subjek mempunyai komponen Peperiksaan Bertulis, dan sebahagian daripadanya disokong dengan komponen Pentaksiran Pusat (Ujian Lisan atau Kerja Kursus):
Bidang Bahasa Arab
Bidang Syariah
Bidang Usuluddin
Sistem Gred
Penganugerahan Sijil Tinggi Agama Malaysia adalah berdasarkan pencapaian agregat berikut:
| Pangkat | Makna | Status Sijil |
|---|---|---|
| Mumtaz | Cemerlang |
LAYAK SIJIL
Lulus kesemua 10 subjek
(Minima Maqbul) |
| Jayyid Jiddan | Sangat Baik | |
| Jayyid | Baik | |
| Maqbul | Lulus | |
| Rasib | Gagal | Hanya Pernyataan Keputusan |